TaraHap - Para penyelidik menjalankan survey pada hampir 15,300 orang dan mendapati bahawa 25% melaporkan mengalami gangguan asam lambung (gastrik) pada waktu malam.
Hasilnya diterbitkan dalam jurnal CHEST. Ini adalah masalah kerana gangguan asam lambung boleh mengganggu tidur dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.
Mengalami sakit gastrik secara berterusan boleh merosakkan esofagus anda. Penyakit gastrik boleh mencederakan dan merosakkan lapisan perut atau menyebabkan perubahan dalam sel yang meningkatkan risiko kanser esofagus.
Gangguan ini juga boleh menyebabkan kekurangan tidur dan akhirnya insomnia. Anda boleh bangun di tengah malam kerana perut anda sakit dan sukar untuk tidur semula selepas mengambil ubat untuk melegakan kesakitan.
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam tidur setiap hari jika anda tidak mahu terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan kerana kurang tidur di malam hari.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda cuba untuk mencegah penyakit gastrik pada waktu malam:
1. Naikkan Bantal Kepala Anda
Doktor sering mengesyorkan mengangkat kepala anda kira-kira 10-15 cm. Sesetengah mengesyorkan bantal yang boleh menyokong badan anda dari pinggang sehingga setinggi 10-25 cm untuk mencegah gangguan gastrik.
Kaedah ini berfungsi kerana ia menggunakan graviti untuk menurunkan makanan di dalam perut anda.
3. Kurangkan Berat Badan
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa anda boleh mengurangkan gangguan asam lambung hanya dengan mengurangkan 1 kg berat badan. Gejala gastrik akan menjadi semakin teruk apabila berat badan anda tinggi.
3. Memakai Baju Longgar
Anda meletakkan tekanan pada perut anda jika anda memakai baju ketat semasa tidur, terutama ketat di pinggang, yang menyebabkan timbulnya gejala gastrik.
4. Menjaga Porsi Makanan Anda
Porsi makanan yang lebih besar bermakna lebih banyak makanan di perut anda, jadi ia memerlukan waktu lebih lama untuk makanan tersebut dicerna sepenuhnya, dan semakin lama mereka berada di perut, semakin besar kemungkinannya menyebabkan gejala gastrik.
5. Elakkan Makan Lewat Malam
Sama seperti makan dengan porsi besar, makan lewat malam memerlukan waktu lebih lama untuk mencerna makanan tersebut.
Di samping itu, esophageal sphincter anda menjadi lebih rendah daripada orang biasa dan menjadikan makanan lebih mudah untuk mencapai esofagus. Cuba untuk tidak makan kira-kira 3-4 jam sebelum tidur.
6. Mempunyai Tabiat Makan Yang Baik
Jangan terburu-buru ketika makan. Tekanan boleh menyebabkan perut melepaskan lebih banyak asam lambung. Anda juga harus tetap tegak dan tidak bengkok atau berbaring ketika makan.
7. Elakkan Makanan Yang Menyebabkan Gastrik
Elakkan makan makanan yang boleh mencetuskan gastrik, termasuk alkohol, coklat, gula-gula, kopi, minuman berkarbonat, buah-buahan dan jus jeruk, tomato, lada, cuka, sos dan sawi, makanan pedas atau lemak.
8. Mengunyah Gula-gula Getah
Mengunyah gula-gula getah (permen karet) boleh membuat tubuh menghasilkan lebih banyak air liur. Ini akan membantu meneutralkan asam lambung di dalam perut.
9. Berhenti Merokok
Merokok tidak baik untuk kesihatan keseluruhan badan anda, bukan hanya sistem pencernaan. Bahan kimia dalam tembakau merosakkan otot esofagus, yang membolehkan asam lambung meningkat.
10. Rehat Selepas Makan
Jangan segera bersenam selepas makan. Berikan perut anda beberapa jam untuk mengosongkan diri.
Masalah gastrik pada waktu malam adalah biasa tetapi boleh berbahaya jika tidak dirawat.
Sumber Rujukan