Type something and hit enter

By On
TaraHap - Ikan laga atau ikan betta adalah ikan hiasan dan ikan tempur yang banyak dipelihara. Pembiakan ikan laga cukup menjanjikan kerana terdapat banyak peminatnya.

Ikan laga dijual seharga RM10 hingga RM20 seekor bagi ikan laga biasa, bagi ikan laga yang mempunyai nilai serta seni tersendiri jualan pernah mencecah RM300 hingga RM500 seekor.

cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Ikan laga paling mahal pernah terjual seharga RM6,617. Ikan laga ini mempunyai warna sama seperti bendera Thailand, kerana warna yang unik, ramai orang mahu membelinya.

Akhirnya, ikan laga ini dijual dalam satu lelongan atas talian pada harga 53,500 baht (RM6,617), ikan laga ini mungkin merupakan ikan laga paling mahal yang pernah dijual di dunia.

Lanjutkan, Cara Membiakkan Ikan Laga...


Penyediaan Pasangan Ikan Laga

Pertama, pastikan anda mempunyai sepasang ikan laga. Satu jantan dan satu betina, yang kemudiannya akan dikawinkan.

Ikan laga adalah sejenis ikan yang membiak secara bertelur. Proses bertelur ini melibatkan beberapa langkah, si ikan betina induk akan mengeluarkan telur dan si ikan jantan induk akan menjaganya...


1. Perbezaan Jantina Ikan Laga
Mengenali jantina ikan laga sangatlah mudah kerana ikan laga jantan dan betina sangat ketara perbezaannya.

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Ikan laga jantan memiliki ekor yang lebih besar dan warna yang lebih menarik dan terang berbanding dengan ikan betina.

Ikan betina hanya memiliki ekor yang kecil dan warna yang kurang menarik berbanding ikan jantan. Ikan betina juga memiliki egg tube (oviposter) atau saluran telur di bawah perutnya.


2. Memilih Indukan Ikan Laga

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Untuk induk ikan laga yang jantan, cari yang sihat dan sudah matang. Makna matang disini, ikan laga itu perlu lah mencecah umur 4 hingga 5 bulan.

Kalau jantannya terlalu muda, masa bertelur nanti mungkin nampak baik-baik sahaja.. Tapi, masa jaga telur baru nampak hapraknya, kerana ikan tu masih muda sangat, belum matang.

Kalu anda nak tau umur ikan laga, sila tanya penjualnya...

Untuk ikan laga betina, cari yang matang juga... Paling kurang sudah mencecah umur 3 hingga 4 bulan.

Tempoh inilah baru telur ikan laga betul-betul matang. Induk betina yang berumur di bawah 3 bulan sangat terdedah.

Walaupun masih akan menghasilkan telur, tetapi biasanya telur yang dihasilkan dari indukan muda tidak cukup kuat untuk bertahan.

Itulah yang kadang-kadang menjadi masalah bagi pembiak baru, mereka sering mendapati ikan laganya mati tiba-tiba. Sebab utama adalah kerana induk betina masih terlalu muda.


3. Penempatan Biak Ikan Laga

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Seterusnya adalah penempatan biak ikan laga. Untuk awal awal pembiakan, kita kena kenalkan dulu dua pasangan ikan laga ini.

Jangan main campur, kerana jantan boleh membunuh si betina. Pertama, anda perlu berkenalan kedua-dua ikan tu.

Berikut ni cara kenalkan ikan laga jantan dan betina, iaitu:

Waktu dikenal-kenalkan, pastikan bahawa;

  1.  Induk jntan betul-betul bersedia, jantan yang betul-betul bersedia akan buat buih, banyak mengembang
  2. Dua-dua induk ikan laga sihat dan sudah matang
  3. Air yang bersih, cadangan gunakan daun ketapang. Daun ketapang baik untuk memperangsangkan horman ikan laga


Alat-alat

  1. Anda perlu sediakan 2 bekas bersaiz sederhana untuk induk ikan laga
  2. Sediakan satu bekas berlainan untuk meletakkan induk ini bersamaS
  3. Sediakan satu cawan polistrin yang sudah dibelah dua
  4. Sediakan satu aquarium, tumbuhan air, kotak dan batang paip
  5. Sediakan daun ketapang yang berwarna kuning



Perhatian

  1. Dua bekas yang anda sediakan tadi hanya permulaan tak perlu besar sangat
  2. Ingat, ikannya harusla satu jantan satu betina 
  3. Waktu ikan-ikan ini akan diletak sekali bekas tu kena besar sikit  
  4. Cawan polistren bertujuan untuk mengekalkan sarang buih 
  5. Hanya gunakan daun ketapang yang berwarna kuning, jangan yang warna hijau



Kaedah

  1. Ikan laga diletakkan dalam bekas masing-masing dan diletakkan bertentangan 
  2. Biarkan ikan laga tersebut dalam keadaan sedemikian selama 5 – 7 hari. Ikan tersebut perlu diberi makan dalam tempoh tersebut
  3. Jika si jantan tidak agresif pada si betina, anda sudah boleh campurkan ikan laga tersebut
  4. Selepas beberapa hari akan nampak telur ikan pada sarang buih
  5. Anda perlu ungrade aquarium. Masukkan tumbuhan air, kotak dan batang paip
  6. Kalu anda ada daun ketapang, letakkan daun ketapang tersebut diatas aquarium (yang warna kuning)
  7. Ikan betina dipisahkan dari telurnya kerana induk betina akan makan telur-telur tersebut 
  8. Laga jantan jangan keluarkan, ikan laga jantan akan menjaga telurnya sampai menetas dan sehingga mereka pandai berenang
  9. Selepas anak laga itu pandai berenang barulah keluarkan si jantan kalau tidak si jantan akan memakan anak laga tersebut 
  10. Silakan beri makan anak ikan laga tu




Pemberian Makan Anak Ikan Laga

Biasanya selepas 3 atau 4 hari makanan asal yang terdapat pada badan anak ikan laga akan kehabisan.

Anak ikan laga ini sudah mulai aktif dan sudah pandai berenang kesana-kemari. Pada masa ini, mereka memerlukan makanan untuk kekal hidup dan membesar.

Ada pelbagai makanan yang boleh dimakan anak anak ikan laga ini. Berikut adalah antara senarai makanan yang sesuai untuk anak ikan laga;

1. Artemia

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Artemia adalah sejenis krustasea akuatik yang juga dikenali sebagai udang air garam. Artemia ini diperolehi dengan cara melakukan penetasan dari telor telor artemia yang terdapat dipasaran.

Artemia ini memiliki saiz yang sangat kecil dan sangat sesuai dengan saiz mulut anak anak ikan laga.

Pergerakan artemia yang tidak berapa laju dapat menarik perhatian anak anak ikan laga dan mudah bagi mereka untuk menangkap artemia tersebut.


2. Kutu air

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Hampir sama seperti artemia. Kutu air ini bersaiz kecil (sedikit lebih besar dari artemia) dan pergerakkan kutu air yang cepat juga dapat menarik perhatian anak-anak ikan laga.

Anak-anak ikan laga akan memilih kutu air yang sesuai dengan saiz mulutnya sebagai makanan.

Kutu air boleh juga didapati di sesetengah kedai ikan dan harganya jauh lebih murah, ataupun boleh  di cari di mana parit kecil yang aliran airnya tidak laju. Tapi jangan cari di loji rawatan air kerana ia merbahaya dan sangat sangat tidak bersih.


3. Microworm

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Microworm, juga dikenal dengan cacing kecil yang sangat halus. Untuk mendapatkan jenis makanan ini, ia perlu dibiakkan.

Antara keperluan yang perlu ada ialah, microworm starter, yis dan roti serta bekas lutsinar (gelas plastik pakai buang atau bekas makanan plastik pakai buang supaya boleh dilihat pergerakkannya).

Sumber makan hidup dan bergerak gerak sangat seperti microworm ini, sangat menarik perhatian anak anak ikan laga berbanding dengan makanan yang kaku terapung di atas air.


4. Liquifry


Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Liquifry adalah sumber makanan untuk anak ikan laga yang baru beberapa hari menetas. Cara penggunaanya juga cukup mudah, cuma titiskan beberapa titik Liquifry ke dalam bekas pembiakkan selepas induk ikan habis bertelur.

Liquifry dalam masa 2 hingga 3 hari akan bertukar menjadi infosuria, (microscopic natural organisms) dan infosuria inilah yang akan menjadi sumber makanan bagi anak-anak ikan laga.

Liquifry hanya digunakan sebagai sumber makanan alternatif atau pun back up jika anda kehabisan artemia, microworm ataupun kutu air.


5. Telor kuning

Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Telor kuning mungkin menjadi pilihan terakhir jika antara makanan yang di sebut di atas sukar didapati.

Kaedahnya sangat mudah dan secara teorinya telor kuning cukup dan sesuai untuk pembesaran anak ikan laga tetapi masalahnya, mahukah anak ikan laga memakannya?

Dapatkan sedikit telor kuning dan bungkuskan dengan kain nipis yang bersih. Rendamkan 3 hingga 4 minit sahaja.

Anak ikan akan memakan (jika mahu) cairan dari kuning telor tersebut. Awas jangan terlalu banyak, air akan cepat kotor dan berbau.

Penggunaan telor kuning memerlukan kerajinan untuk menukar air, tetapi suhu air yang berbeza juga boleh membunuh anak ikan laga yang masih baru.



Syarat Bekas atau Akuarium


Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Bekas atau akuarium tidak perlu dibersihkan dalam beberapa minggu pertama. Anak ikan laga masih terlalu kecil untuk menghasilkan sisa yang boleh mencemarkan air.

Elakkan anak anak ikan laga ini dari cahaya terang matahari. Sebab, cahaya yang terang boleh membunuh anak anak ikan tadi.

jika anda boleh, tutup bahagian atas akuarium. Akuarium terbuka terdedah kepada perubahan suhu. Suhu yang terlalu panas atau sejuk boleh membuat anak ikan laga menjadi sakit.

Tidak semua anak anak ikan laga yang baru menetas akan hidup semuanya. Adakalanya ia mati di sebabkan air yang kotor, tidak mahu makan dan sebagainya.

Oleh itu, sering-seringlah untuk membersihkan bekas atau akuarium yang anda gunakan.



Penjagaan Anak-anak Ikan Laga


Cara Penjagaan Anak Ikan Laga Dengan Baik Dan Betul

Selepas induk betina bertelur lebih dari 48 jam, telur akan menetas dan anak anak ikan laga sudah mula nampak bergayut pada buih buih yang masih ada dalam bekas atau akuarium.

Biasanya ikan laga betina akan bertelur antara 100 hingga 200 ekor anak ikan laga pada satu masa. Tetapi ada juga yang kurang dari jumlah tersebut yang berkemungkinan bahawa ikan laga jantan atau betinanya masih terlalu muda atau salah satu dari pasangan ikan tadi tidak berapa aktif.

Pada awal-awal ini anak anak ikan tersebut masih terlalu lemah dan kadangkala dapat terjatuh ke dasar air. Pada masa ini, ikan laga jantan sibuk melihat dan mengangkat anak anak tadi ke permukaan air.

Pada masa ini anak anak ikan laga jangan diberi makan dulu, kerana makanan dari telur 'yolk' masih ada di perut mereka.

Selepas tiga hingga empat hari, anak anak ikan laga sudah mula stabil dan boleh bergerak sendiri, walaupun tidak berenang bebas, tapi mula bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Pada masa ini anak ikan laga sudah boleh diberi makan. Kesukaran menjaga ikan laga sebenarnya terletak kepada sukarnya membesarkan anaknya, anak ikan laga adalah tersangat kecil berbanding dengan anak ikan yang lain.

Pada masa ini ikan laga jantan sudah boleh dipindah rehatkan, makanan sudah boleh di berikan. Makanan yang kami amalkan ialah artemia, atau makanan hidup lainnya.

Makanan hidup diberi kerana proteinnya yang tinggi dan dapat membesarkan anak ikan laga dengan lebih cepat. Makanan hidup juga dapat menarik perhatian anak ikan laga pergi dan memakannya berbanding pellet yang tidak bergerak dan kurang mendapat perhatian anak ikan laga.

Selepas anak anak ikan laga mula pandai memakan artemia, anak anak ikan ini bolehlah di pindahkan ke takungan yang lebih besar, jika takungan pembiakan tidak cukup besar.

Apabila anda sudah menggunakan takungan yang lebih besar, biarkan anak anak ikan laga ini terus berada di situ. Proses pengalihan anak anak ikan tadi perlu dilakukan secara lembut dan teliti. Jika tidak, anak anak ikan laga akan pening seterusnya mati.

Artemia boleh terus di beri sehingga anak anak ikan laga sudah mula berusia satu bulan atau lebih. Pemberian artemia yang mencukupi akan membuat anak anak ikan laga cepat membesar.

Setelah mencapai sebulan anak anak ikan bolehlah di beri jentik jentik ataupun cacing. Pallet juga boleh di beri, tapi pastikan saiz yang betul dan tidak berlebihan.

Anak anak ikan ini tidak membesar secara sekata, ada yang cepat membesar dan ada pula yang sangat perlahan. Asingkan mengikut saiz untuk mengelakkan persaingan mendapat makanan.

Ikan laga yang mula matang akan bertarung satu sama lain bahkan hingga mati jika tidak diasingkan. Setelah berusia lebih dari 10 hingga 12 minggu, anak anak ikan jantan akan mula menjadi aktif, asingkan ke bekas individu untuk mengelak dari bergaduh.

Hanya ikan jantan diasingkan, ikan betina boleh dibiarkan hidup sesama mereka.



Referensi
https://www.ikan.info/cara-memilih-indukan-cupang-betina/
http://teratakbettatrg.blogspot.com/2017/10/mengenali-jantina-ikan-laga-jantan-dan.html?m=1
http://naqiusyahbetta.blogspot.com/p/cara-ternakan-ikan-laga.html?m=1
http://ikanlagaaquarium.blogspot.com/2014/03/penjagaan-anak-ikan-laga.html?m=1
http://ikanlagaaquarium.blogspot.com/2014/06/makanan-anak-ikan-laga.html?m=1
https://rgbfarm.blogspot.com/2017/10/cara-cara-menjaga-anak-ikan-laga-fry.html?m=1

Click to comment